Novel Bimasakti Manari : Sinopsis Bab 13 → Bab 15 (Novel Tingkatan
5)
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa
telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan
minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap.
Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan.
Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita
yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka
tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras
dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan
Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.
Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan
projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah
berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann
dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang
sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:
Nurul
Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan.
Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi
lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik,
namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi
penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
berada dalam keadaan stabil.
.