| 
Bab
  12 (Tipu Helah Inggeris) | 
Tiga
  minggu selepas perang, Semantan kembali tenang. Mat Lela menyediakan jadual
  bertugas bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan
  menembak manakala Tuk Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan khemah
  dan kubu di Darat Kelubi. 
     Keesokannya, semua perajurit Semantan
  dikumpulkan oleh Datuk Bahaman. Beliau memerintahkan Datuk Panglima Raja
  menyertai seratus orang ke Batu Hampar. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin
  akan mengetuai dua ratus orang membuat kubu di Pasir Tuk Anjang. Datuk
  Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit akan mengawal Lubuk Senggarat. 
     Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat
  bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar. Mereka akan menghadapi
  lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai oleh Desborough manakala satu
  lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar sultan yang diketuai
  oleh Tengku Ali. 
Beliau memutuskan sekiranya askar sultan
  bersama-sama dengan askar Sikh, mereka akan berundur sahaja. Mereka tidak
  ingin berbunuhan dengan askar sultan. 
Mereka meneruskan perjalanan ke Batu
  Hampar. Apabila sampai di sana, mereka membina kubu. Zahid dan Samad
  diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid berpura-pura memancing
  untuk memantau pergerakan musuh. Apabila terlihat tiga buah perahu musuh,
  mereka segera melaporkan kepada pasukan. 
     Namun, Datuk Bahaman dan pasukan berada
  dalam dilemma apabila melihat askar sultan bercampur dengan mata-mata Sikh.
  Mereka mengambil keputusan  untuk
  pulang ke Lubuk Terua. Di situ mereka membina kubu pertahanan. 
     Menjelang senja,perahu yang dinaiki Desborough
  tiba di Lubuk Terua. Perahu itu tidak membawa askar sultan. Datuk Bahaman
  bertindak menebalikkan perahu mereka dengan menggunakan rantai besi. Tuk
  Selampit menyumpit diselang-seli dengan hujanan buluh bambu. Kejayaan
  mengiringi mereka. 
Selang beberapa hari, Mat Kilau datang dari
  Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk Bahaman bahawa Clifford tidak berpuas
  hati dan akan melancarkan serangan besar-besaran. | 
| 
Bab
  13 (Sebuah Perjanjian) | 
Berita
  kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan keadaan mula kelam kabut. Datuk
  Bahaman membuat keputusan untuk pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat dakwaan
  sama ada Rodger datang bersama dengan sultan. Selepas empat hari, Datuk
  Bahaman kembali membawa perkhabaran yang sultan turut serta bersama Rodger
  dalam serangan terbaru itu. 
Tuk Selampit menawarkan kepakarannya untuk
  menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh Datuk Bahaman. Beliau risau akan
  keselamatan sultan ketika Tuk Selampit menyumpit. Tindakan Datuk Bahaman
  menyebabkan Tuk Selampit  tidak berpuas
  hati. 
     Pada sebelah malam, mereka berpindah ke
  Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka akan berkubu untuk pertempuran. Datuk
  Bahaman menggunakan ilmunya untuk berjumpa dengan sultan. Beliau menyatakan
  satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan akan menembak ke udara semasa
  pertempuran nanti dan pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri. Ini untuk
  mengaburi Rodger. | 
| 
Bab
  14 (Jatuhnya Lubuk Terua) | 
Hari
  pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka mengambil kedudukan dan menghalakan
  senapang ke udara. Kedua-kedua pasukan mula berbalas tembakan ke udara. 
     Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela
  telah ditembak oleh askar sultan yang belot. Begitu juga dengan Awang Muhamad
  yang ditembak di dada. Keadaan mula menjadi cemas. Datuk Bahaman dan Datuk
  Panglima Raja datang memberi bantuan. Namun Awang Muhamad meninggal dunia. 
      Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja
  telah berselisih faham. Datuk Panglima Raja yang marah mula bertindak tetapi
  ditembak. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin mengambil langkah menyerah diri
  tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan. Menjelang zuhur, perajurit Semantan
  mula berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan mula bersorak di atas
  kemenangan mereka. 
     Pada suatu petang, Mat Kilau datang ke
  Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman. Beliau membawa satu salinan surat
  pengampunan beramai-ramai kecuali pengampunan untuk Datuk Bahaman. Datuk
  Bahaman meminta Hassan Tahmid menghebahkan orang ramai supaya pulang ke
  kampung masing-masing. 
     Mat Kilau memberitahu satu perancangan
  besar untuk melawan Inggeris. Namun, rancangan itu gagal kerana Inggeris
  berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya Datuk Bahaman mengambil keputusan
  untuk mudik ke sungai Tembeling dan bersatu dengan Tuk Gajah serta Mat Kilau. | 
