- Persoalan kejujuran dalam memberikan nasihat
Bapa Dr. Raiha pernah menasihati Raiha agar tidak memilih
kerjaya sebagai doctor bedah keran kerjaya itu hanya sesuai untuk orang
lelaki sahaja. Bapanya juga tidak pernah bersetuju dia berkahwin dengan Dr.
Sadiz kerana sikapnya yang angkuh dan lebih tua daripadanya.
- Persoalan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab
Dr. Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doctor
dengan jujur. Atas arhan Dr. Uwang, Dr. Raiha terpaksa menjalankan pembedahan
tulang pinggul Unong Siron Kali keenam. Beliau tetap menjalankan
tanggungjawabnya dengan jujur dan sabar demi memulihkan penyakit yang
ditanggung oleh Unong Siron.
- Persoalan kejujuran seorang ibu untuk memulihkan
kesihatan anaknya
Ibu Unong Siron telah menghabiskan wang pampasan
kemalangan ke atas Unong Siron untuk merawat dan menyembuhkan penyakit
anaknya.
- Persoalan kejujuran mengakui kesalahan yang pernah
dilakukan
Felicia Landosi telah meminta maaf daripada Dr. Raiha
kerana pernah bersubahat atas kematian rahayu. Dia rasa bersalah dan telah
menyesal atas perbuatannya.
|
- Persoalan kejujuran anak muda untuk melestarikan
alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah berusaha untuk
mengembalikan langit gelap Kualau Selangor agar dapat mengembalikan
bintang-bintang di langit Kuala Selangor dengan mengadakan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor serta mencadangkan penggunaan
lampu-lampu full cuf off. Mereka
juga mahu memastikan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan tidak musnah.
Muhammad Taufik telah memagar sungai kawasan habitat tersebut agar tidak
dimasuki oleh pelancong. Mereka melakukan usaha ini secara jujur demi
melestarikan alam sekitar.
- Persoalan kejujuran seorang wanita untuk memupuk
semangat cinta akan alam sekitar kepada anak-anak
Pn. Maryam Wickham merupakan seorang aktivits alam sekitar
yang sangay gigih sehingga sanggup membawa rombongan seramai 25 orang
kanak-kanak dari Jepun untuk melihat bintang-bintang di Kuala Selangor.
Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.
- Persoalan kejujuran dalam menjalankan tugas
Nurul Hafsa yang bertugas sebagai seorang pegawai sains di
Balai Cerap sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor telah
menjelaskan kepada ombongan kanak-kanak dari Jepun yang tidak dapat mencerap
bintang di Balai Cerap akibat cahaya di langit yang sangat terang. Beliau
berjanji akan berusaha untuk memulihkan langit di Kuala Selangor supaya
kembali gelap.
|