Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (11)


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
[8 markah]

KEDAH 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan
Songket Berbenang Emas
- Kampung sentosa
Tempat Lili menghabiskan masa cuti persekolahannya selama dua minggu.
- Rumah datuk / Haji Abdual Rahman
Danel dan ayahnya William Ng datang ke rumah datuk untuk berubat.
Tempat Datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu kepada Lili.
- Surau Kampung Sentosa
Tempat berlakunya kekecohan kerana isu pembinaan masjid dan kubah surau serta sikap penduduk kampong yang berpuak-puak.
- Balai Raya
Tempat penduduk kampong berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampong oleh orang yang tidak dikenali.
Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau.
- Kedai Runcit Letchumi
Tempat nenek membawa Lili berbelanja
Tempat Lili bertemu dengan Geetha kali kedua
Tempat Geetha bercerita tentang Datuk kepada Lili.
- Rumah Che Jah
Haziq dan Rafiq dipukul oleh ayahnya Seman
Lili dibawa oleh Abang Rashid untuk melawat Hazip dan Raziq yang dipukul oleh Seman.
- Pondok Usang
Tempat Lili dikurung ketika diculik oleh Haziq dan Raziq
- Padang bola jaring
Dahlia berlatih bola jarring bersama dengan rakanya, Siti Wangi.
- Kantin sekolah
Tempat Azahari menunggu Dahlia untuk bertemu dengannya.
- SMK Tun Ismail
Tempat Azahari dan Dahlia belajar, sewaktu Dahlia tingkatan 1 dan Azahari tingkatan 5.
- SM Temenggung Ibrahim
Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan 6 dan dia tinggal di asrama sekolah ini.
- Bilik kerjaya
Tempat cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita
Tempat Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam.
- Kebun getah
Tempat Saleha menorah getah dan bersembunyi.
- Hospital Batu Bahat (Wad 6)
Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan awal.
- Hospital Batu Bahat (Wad 4)
Tempat embong dirawat setelah dipatuk ular
- Hospital Permai Johor Bahru
Tempat Saleha dirawat
Tempat Azahari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
- Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir
Tempat Embong bekerja sebagai pengait kelapa sawit
Tempat Embong dibelit oleh ular sawa
- SK Jelotong
Tempat Said dan Melati bersekolah
- Rumah Aton
Tempat Dahlia disindir oleh Aton. Aton mengatakan Dahlia punya kematian Said.
- Balai Raya kampong Haji Rais
Penduduk kampong bergotong-royong semasa majlis sambutan maulidur rasul
Tempat pemindahahn mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.

KEDAH 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan
Songket Berbenang Emas
-    eristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamizah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Sebab: Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka.
-    Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke Kuala Lumpur.
Sebab: Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan iby bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.
-    Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
Sebab: Pelajaran amat penting dalam kehidupan.
-    Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya Seman Berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebab: Seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
-   Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.
Sebab: Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.
-   Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makan.
Sebab: Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
-   Peristiwa Masyarakat kampung telah Berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauku Lim kepada Dahlia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun
Sebab: Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat
-   Peristiwa Dahlia terpilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun di Jepun.
Sebab: Ketabahan dan kegighan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh kejayaan.
-   Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan symbol bahawa mereka orang Melayu.
Sebab: Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu.



.