Amalan Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat merupakan makanan yang
harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal.
Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang
mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber
yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat
menjauhi kita daripada penyakit.
1.
Jangan
tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai
dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang
pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan
pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah
diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.
2.
Rancang
apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan
malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan
pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan
begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.
3.
Makan
tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah
penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara
kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi.
Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di
mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan
amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan
semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak
tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin
4.
Makan
makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada
benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh
badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.
5.
Berhenti
sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang
sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien
yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat
membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan
ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko
penyakit berkaitan usus dan perut.
6.
Tetapkan
pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan
kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak
7.
Minum
segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil
serta membantu sistem penghadaman.
8.
Kurangkan
pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu
mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara
berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan
menyebabkan obesiti.
9.
Menguyah
makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang
membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan
dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan
baik.
10.
Tidur
secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan
tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.
.